Thursday, November 26, 2015

Jalan-Jalan : Tips Bercuti ke Melbourne Dengan Anak Kecik

Assalamualaikum!

Lamanya tak update! Tiba tiba ada semangat pulekkk. Berapa hari duk menaip draft ni! Hahaha


Okay....


Oktober yang lepas dapat lah peluang bawak Lisa jalan jalan bercuti ke luar negera. Memang berangan dengan husband. Setahun sekali kalau berkemampuan, kalau laaaa.. nak bawak Lisa travel luar / dalam negara tak kira la dekat atau jauh. Itu kalau berkemampuan! Kalau tak mampu balik Kuala Nerang pon okayy. Kira travel la jugak kan 2 jam dalam kereta!! Hahahahah!!

Okay. Saja nak bagi tips melancong dengan anak kecik ni. Tips ni pon based on pengalaman kami laaa. Sebab kami pon banyak belajaq lepas balik travel haritu. Ada banyak benda yang boleh diperbetulkan balik untuk next trip! InshaAllah!!

Sebelum travel ni pon kami banyak baca blog blog & google google ja  untuk references. Siap buatkan itinenary lepas tu send ke Hana (member) kat sana tanya ok ka tak?? Wuihh. Bukan senang. Jauh nak travel kottt! =P




Tips 1: Tiket flight

Tiket. Confirm lah tambang murah jaa. AirAsia X jalaaa. Kami beli time bulan March 2015. Travel period October 2015. Harga nak kata murah dak la jugak. Mahal pun dak la jugak. Time beli tu beli sekali dengan foods & baggages (Total dalam RM3600++ untuk 3 adults 1 infant). Tips untuk bajet holiday rakyat marhen macam kami ni. Beli tiket seawal yang mungkin dari travel period. Beli tiket ja dulu. So dalam time awaiting nak fly bolehlah add on foods & baggage semua dekat Manage My Booking tu. Sebab bagi kami lepas abis ribu riban beli tiket. So ada la time nak kumpul duit untuk benda lain. Ni yang kami dah belajaq dari trip lepas laa. Wajib beli makananan kalau fly lama. Sebab sangat lapaqqq! Hahaha! Kami tak beli bassinet pon. Sebab atas advice from Liana, time depa balik dari Qatar (7 jam fly) Laura (niece) hanya mau duduk setengah jam ja pon. So dari aku berabis duit tambah RM150/seat untuk bassinet baik tak payah belikan?? Alhamdulillah Lisa okay ja sepanjang dalam flight tu!!


Tips 2: Waktu flight

As far as we know, Australia ni salah satu negara yang sangat strict nak masuk! Kami duk baca blog blog ni macam macam cerita ada. Bag kena jilat dengan anjing la. Benda kena rampas la. So based on trip kami. Kalau nak beli tiket flight make sure time sampai kat sana agak lewat. Sebab mungkin imegresen dan kastam depa pon dah letih. Kami sampai pon around 2.30 AM local time. Lepas tu jadi orang last pulak check in dekat Imegresen. Sampai turn dekat Kastam.  Dia just amik Declaration Form. Lepas tu tanya 'Any ikan bilis??' 'Any extra shoes' So just declare yes ja. Sebab memang ada bawak pon. Lepas tu kami inform dia ada bawak medicine for baby. And he said ok. Then pickup luggages. Senang kan?? Time tu pulak. Sumpah lengang. Tak dak orang. Kami ada baca blog yang mana dia sampai awal pagi around 8.30 AM macam tu. So kena queue lama. Fuhhh. So tak tau la nak kata haritu nasib kami baik atau pon boleh jugak dijadikan tips! Hehe =P

Lisa tak sabaq dah! =P

Tips 3 : Visa

Okay. Visa kena apply tauu. Kalau tak. Tak pasai pasai sampai. Tapi hangpa tak leh masuk. Kami banyak google jugak. Ada jugak email agent yang boleh tolong applykan. Dia charge RM20.00/person. Nak guna agent sebab kami tak dak credit card (cc). Hahaha. Lepas tu pikiaq pinjam ja cc dari Alip (adik ipaq) and apply sendiri. So paling senang apply thru sini EasyETA. Apa yang perlu diisi pon hanya ikut passport ja. Malam apply. Esok pagi dah dapat email bagitau dah approved! Cepatkan?? Valid 12 months tau dari application date. Time nak bayaq tak sure kenapa dia letak dalam Singapore Dolar. Total dalam SD47.80. Actually Visa tu tak payah print pon tak pa. Sebab information kita dah ada kat dalam system depa kan. Tapi kami print jala. Incase kan?? Hehe..


Tips 4 : Luggage

Bab kemas luggages ni kami serahkan kat husband. Sebab beliau memang sangat cermat/pandai packing. Harap aku?? Semua main sumbat. Berbanding dia yang sangat particular nak lipat/gulung baju satu persatu. Okay. Kami memang ada bawak makanan banyak. Especially untuk Lisa. So tips kami. Kalau ada nak bawak stock makanan make sure prepare luggage khas ja untuk makanan. Senang kalau Kastam nak check. Tak payah baju/seluaq/undewear bersepah kalau depa nak check nanti! Lepas tu label makanan pon kami make sure bila bukak ja luggage tu dah boleh nampak satu satu label/ingredients dia.


Tuuu. Ampa nampak luggages kami!! =B

Tips 4: Makanan

Especially untuk Lisa laa. Risau jugak mula mula tu. Tapi disebabkan Lisa dah nak masuk setahun. (actually dia celebrate 1st birthday kat sana). Kami bawak banyak roti jaa. Senang kan. Lagipon kami stay rumah member. So sebelum keluaq jalan jalan kami masakkan apa apa untuk dia. Untuk makanan kami, husband & mama pulak. Hana & Helmy ja selalu bekalkan. Sampai naik segan. Hehe. Sebab kalau nak jalan jauh macam nak ke Great Oceans/Philip Island semua tu. Susah la nak jumpa halal food. Kat sana sepanjang kita jalan tu ada banyak tempat picnic (meja & kerusi). So boleh la stop by and makan dulu. Kalau nak jalan jalan city Melbourne tu tak jadi masalah untuk cari halal food.

Auntie Hana belanja cake! =P

Tips 6 : Kereta Sewa

Ni Hana yang suggestkan mana nak sewa. Sebab kalau bawak baby travel ni, nak senang untuk jalan jalan tempat yang agak jauh. Lagi senang drive. Dekat Australia ni kita boleh drive. Sebab lesen baru dah ada translate in English. So tak payah susah susah pi JPJ mintak translatekan. Kami sewa dengan Apex Car Rental. Hyundai Elantra. The best price kami boleh dapat AUD130 untuk 5 hari. Okay kat sana tak macam sewa keta kat sini. Ada kilometer (jarak perjalanan) yang kita perlu ikut. So untuk senangkan kami amik ja Unlimited Kilometer sekali ada cover insurans. Boleh mintak baby carseat ok. (Kat sana wajib letak baby dekat carseat!) Kalau boleh request yang boleh reclined. Sebab Lisa cranky jugak laa carseat dia menegak sangat! Lagi untuk travel jauh ni. Boleh add on GPS jugak. Wajib tau. Sebab nak guna waze ada certain area mostly kawasan luar Bandar takdak coverage jugak. Tapi kami pinjam Helmy punya jaa. Hehe

 Pi Maru Animal Park pon drive ja

Lisa & Oma dekat Brighton Beach. Drive sendiri jugak

Tips 7 : Simcard

Yang ni kami banyak baca blog yang bagitau bila sampai airport ja kena beli. Tapi kami lupa! Hahah. So Hana ada belikan. Tapi dia silap beli micro simcard. Yang nano simcard phone ni tak boleh guna plak. Makanya kami beli ja dekat K-Mart (supermarket macam Tesco). AUD2 ja. Semua Telco harga sama. Yang kami beli tu Telstra!  Lepas tu topup AUS10 dapat 1G internet. So pi mana mana kalau tak sure boleh whatsapp Hana untuk confirmkan balik. Boleh upload gambaq dekat instagram jugak dan tak perlu tunggu sampai di rumah pakai wifi baru boleh upload! Eh!


Tips 8 : Ke Great Ocean

Kami ada baca baca yang nak ke Great Ocean ni perlukan 5-6 jam perjalanan dengan kereta. Wehh. Dah terbayang Kedah pi KL. Dengan Lisa yang tak berapa suka duduk atas carseat tegak tu. Mula mula macam dah give up tak mau pi. Lepas tu Helmy bagi idea pegi ikut jalan dalam instead of Great ocean Road tu (tepi laut). So kami rasa tips ni sangat berguna untuk yang travel bawak anak kecik. Hanya amik masa 2 jam 30 minit ja nak sampai. And the view also breathtaking jugak. Sebab nampak farm, bukit bukau, lembu lembu macam iklan Fern Leaf tu. Atleast sampai jugak kan dekat Great Ocean tu. Hehehe. nasib baik pi jugak. Kalau tak ruginyaaaa!
Compare round city dengan Great Ocean ni. Lisa lagi happy mai sini. Amboi. Nature sangat!

SubhanAllah. Cantik sangat kat sini

Tips 9 : Baby Carrier / Stroller

Bawak ja dua dua! Sebab suhu kat sana sangat sejukkk. So Lisa macam tak mau duduk stroller sangat. Dia nak kita peluk ja. Nasib baik kami bawak Boba Carrier. Even patah jugak pinggang kami dengan husband sebab bergilir dukung si Lisa ni! Haha! So stroller boleh la guna untuk indoor macam nak singgah DFO semua tu. Kalau nak travel selalu, if boleh beli stroller yang cabin approve! Sebab kami ada baca blog yang stroller dia letak bawah. Tak bawak naik atas. Sampai sana missing. And she said ada banyak case stroller missing kat airport sana! Pa lagi. Awai awai kami dah bajet luggage mana nak letak atas. For sure sekali dengan stroller anak aku tu! Kalau hilang??? Huhh. Menangis jugak nak kumpui duit beli balik!!

Turn husband kendong Lisa =P

Time ni okay sebab panaihh


Tips 10 : Botol Air Kosong

Yang ni kan benda penting kalau bawak anak kecik. Tambah tambah yang tengah BF macam kami ni. Hmm.. Benda paling penting pon kami lupa. Selalu keluaq mall atau jalan jalan sini akan bawak. Tapi pegi bercuti tak bawak. =.=" Kat sana senang nak jumpa water cooler yang boleh kita refill air kosong. So better bawak ja. Terpaksa la kami beli mineral water yang harga dia AUD2/bottle. Huh. Nampak murah. Try convert! RM6/bottle. Rugiiii!


Tips 11 : Tukaq Duit

Almaklumlah time kami pi tu Ringgit kan tengah jatuh. Tapi AUD pon tengah jatuh jugak. Rugi jugak kami tak tukaq awai masa duk dalam AUD 1 = RM2.80 - Rm2.90 tuu. Aihhh. Time tukaq dah naik RM3.03!! Amik hang!! Okay. Nak bagitau. Kami survey jugak banyak money changers! Paling murahhh adalah dekat area Masjid Kapitan (untuk orang Penang laaa). Ada satu kedai. Lupa la nama apa. Tapi kedai dia kecik jaa. Tengah tengah. Paling murah kat situ compare dengan kedai lain area situ. Dua kali kami tukaq.Dua kali kami survey kedai dia paling murah.


Tips 11 : Weather / Baju / Sunglass

Sebelum pegi sana pon banyak jugak study pasal weather sana. Lepas tu few days before fly pon Hana selalu update weather. Baju mostly untuk Lisa kami beli sweater. Lepas tu Hana kata kalau sejuk sangat belikan lisa inner. So kami beli ja inner long sleeves yang heat thermal dekat Uniqlo. Omey ja ada inner for baby ni. Haha. Seluaq pon kami beli yang heat thermal Uniqlo jugak. Ada la kami beli yang nipis. End up kat sana pakaikan Lisa dua lapis! Sunglass adalah benda wajib jugak. Terik kat sana tak macam sini. Ya Allah. Terik matahari dia yang boleh buat mata kita rasa pedih!

Time ni bukan boleh jalan lagi Lisa ni. Tapi bab bergambaqqq... (Shrine of Remembrance)

Dekat Victoria Rose Garden yang paling Oma suka!!



Lesson to learn:

Apa yang kami belajaq dari trip ni, travel dengan budak kecik memang banyak dugaan. Dont expect semua tempat boleh pi. Sebab ada certain yang tak sempat. So set mind. Kita travel ni bukan untuk menambahkan letih or beban lagi. Just go with the flow jaa. Yang penting happy! Alhamdulillah sepanjang sana Oma banyak tolong! Lisa pon hari last nak balik baru demam. Sebab weather keep changing. Sat sejuk sangat. Sat panas. Sat hujan!


Tahun depan ke mana??? Tungguuu.... InshaAllah dengan izinNya! =B Marilah menabung untuk travel! =)