Monday, September 26, 2016

Jalan-Jalan : Tips Bercuti Ke Lombok dengan Anak Kecik (Below 2y)


Assalamualaikum

Alhamdulillah this year dapat bawak Lisa sekali lagi pergi bercuti. But for this time our destination dekat jaaa. LOMBOK, INDONESIA. =)

First of all, i am not an 'outdoor' person. I am more into 'indoor' things like shopping (kalau tak shopping pon, aku tawaf mall sepuluh kali pon dah lega dah!!), tengok movie, layan drama korea dekat rumah ja (tapi ini dulu sobs sobs), keluaq cari makanan sedap sedap and kiranya semua yang tak payah nak keluaqkan tenaga banyak banyak lah!! =P Lepas tu survey la tempat yang tak teruk sangat berjalan jalan ni. Mula mula dapat idea nak pi Jogyakarta. Lepas tu ditolak mentah mentah oleh husband (nak pi tengok temple candi tu pasaipa?? - this is the first question from husband once I told my plan dekat dia. Cait!!) Then after that he decided why not we go to Lombok? Wehhhh, Aku google teruih!! then...pa diaaa. Pantai ja pon. Confirm la outdoor activity yang tak berapa nak berkenan tuu! For sure la hitam legam bila kat sana. Nak swimming??  tak pandai. Nak snorkeling?? geli dengan ikan banyak banyak!! Diving? Lesen pon tak dak! HAHAHHAHA

Tapi redha ja laaa. So bermula lah tugas untuk baca blog blog berkaitan untuk study & collect info, asking few members yang dah ke sana, follow instagram @explorelombok. All these sebab nak buat budget and also to survey what can we do once we got there. Lepas dah study terus rasa macam wowww very nice place and tak sabaq sangat nak pi!!!

Okay okay. Dah tak mau explain macam macam satgi lari tajuk. Hehe. Okay here some tips for those yang nak bawak anak pegi holiday dekat Lombok especially infant macam Lisa =)


Study Map

Bila baca blog blog without study map Lombok memang tak paham langsung. Tak boleh nak imagine Lombok macam mana. Tempat tempat yang boleh pegi. Kat mana Gili? Ha apa pulak Mataram? Sengigi? So my opinion boleh print out map and lekat dekat peti ais rumah! HAHAH make sure map yang nampak tourist spot tu. Bukan map skema skema tu (tak tau nak sebut apa
haaa map camni laaa 

Flight

Seperti biasa tiket dibeli time promo. Dapat murah sangat!! Sebab kali ni pegi holiday Lisa dah boleh berjalan (last year, 7 hours flight dia tak pandai berjalan lagi. So mostly dia lena jiaaa). Tapi this year bila dah boleh berjalan so paham paham la yaaaa macam mana aktif nya golongan ni. hahah. So awal awal dah prepare color pencil / crayon & books for coloring and few toys tak mau bagi dia bosan. Not really works all the time on Lisa tapi boleh la nak menyelamatkan keadaan dalam flights jugak.


Diaper Bag

Beside luggages, so benda ni memang compulsory to bring. Just choose a small bag pack and isi semua dalam tu. Tak payah bawak yang diaper bag yang macam peti besaq yang memang obvious nampak macam diaper bag tu! HAHAHa. So untuk we all, we went to Danok and bought waterproof bag (nama pon holiday kat pulau & pantai pantai ni kan kena la beli waterproof punyooo) Okay. Here are the things that we should put in that bag. Extra diapers, towel, extra shirts & pants (sebab Lisa pantang nampak air dia nak swimming ja =.="), swimming diaper, getah ikat rambut (tak boleh la tengok Lisa sweating sweating dengan rambut basah macam mandi so memang benda wajib dalam diaper bag), a bottle of shower gel (pi beli yang small bottle ja)

tuu tuuu waterproof bag gitu laa

Water Thumbler

Wajib! Wajib! Wajib!  Sebab sana panas!! Memang kena prepare la dekat anak kecik ni. Just beli mineral water refill ja bila dah abis. Make sure time jalan-jalan ada ja dalam bag tau!


Lisa heran pa panas ka dakkk

Hat

Wajib! Wajib! Wajib! Bila nak cycling or jalan jalan around pulau or pantai ni tau la panas dia macam mana kan?? Kalau yang bertudung macam kami ok laa. Kalau free hair macam Lisa & husband?? So prepare ja hat untuk depa niii. Kesian tau panas panas tak bagi pakai hat boleh demam!

Dekat Kuta Beach! Jangan ingat Lombok pon ada Kuta naaa

Baju untuk Lisa

Kami banyak prepare singlet or cotton shirt ja untuk Lisa. Cuaca Lombok lebih kurang Malaysia ja. Jeans ka long sleeves ka memang tolak tepi. Pants pon mostly cotton pants. Bila jalan jalan Lisa lebih comfort. Untuk tidoq malam baru pakaikan dia long sleeves sebab aircond kan.

 

 Haaa mostly sleeveless jaa

Ubat & segala jenis creams

Like always benda ni kalau travel mana mana pon wajib la prepare. For ubat demam kami bawak sub (ubat pungkoq) jiaa. Senang sket. Tapi alhamdulillah Lisa tak demam time kat sana even dah balik sini pon. Okay untuk negara yang iklim macam Malaysia ni for sure nyamuk dah serangga serangga pon ada kan. So kami prepare mosquito repellent siap siap (actually memang benda ni selalu ja bawak pi mana mana pon sebab husband pantang anak dia kena gigit apa apa pon. HAHAH) Minyak telon pon bawak. Incase dekat sana makan macam macam kang perut kembung pulakkk. Make sure all these ada dalam satu pouch bag. Senang nak simpan & cari balik!


Floating & Life Jacket untuk Lisa

From Lombok nak ke Gili Trawangan guna boat kan. So kami prepare ja la life jacket dekat Lisa. (FYI depa sana tak prepare life jacket for kids/infants) Tapi end up tak guna pon. Mungkin pikiaq naik speed boat sampai sana cepat kan. Actually its better to put on our child. Bila ingatkan rasa bersalah pulak tak pakaikan. Kami beli yang tiup tu ja dekat Mr DIY. Actually banyak ja jual, boleh tengok kat kedai kedai or online dekat lazada pon banyak! Floating pon bawak sebab stay dekat hotel yang ada pool kan


Extra food

Kami bawak ja serondeng. Serondeng kan kering so senang nak pack & simpan balik. Beli roti kosong pon boleh makan dengan serondeng kan. Makanan dekat sana sedap yakk mattt. Tapi kami saja prepare kot kot laaa tak menepati selera. Lagi satu nak order makanan kat sana kena inform siap siap tak mau pedas untuk anak kecik ni. Bukan apa sekali sampai sambal kalau tak bagitau tak mau pedas, kesian dekat anak anak. Tapi Lisa kat sana memang makan banyak betoi! Suka betoi dengan taste Indo ni. Mungkin babah kena hire bibik Indo la macam ni! HAHAHHA


Baby Carrier & Stroller

These two really helpful tauu. Ada one time Lisa memang cranky sangat sebab dia nak mandi laut and tak mau balik hotel. So instead of letak kat seat basikal (memang menggelupuq la tak mau duduk), husband galas ja carrier tu. Haaa tau pon senyap! Haishhhh. Sama macam bila nak naik flight baik galas Lisa dengan carrier ja dari pegang tangan. Dia super aktif. Tak menyempat nak pegang dia dengan bag bag lagi =.="


Speed Boat / Public Boat

if nak compare price, memang different sangat banyak. Public boat is more more more cheaper than speed boat. Tapi nasihat kami, if kita bawak anak kecik lebih convenient and comfort if we choose speed boat. Okat first beza masa. Kalau speed boat took only 15 minutes to reach Gili. But public boat lebih kurang 45 minutes (rasanya kan? tapi quite different jugak) Macam Lisa yang tengah aktif sangat so i dont think public boat would be ok for us. So we choosed speed boat. Jimat masa and more private. Public boat macam not convenient sebab ramai, sesak and jugak sometimes ada orang yang akan bawak too many things macam construction material laaa, food laaa dan macam macam lagi. Tapi kalau setakat pergi tak bawak anak kecik nak lebih jimat boleh amik public boat!

Speed boat nak ke Gili

Speda (Basikal)

Okay. FYI dekat Gili tak dak langsung kami nampak motorbike ka kereta ka. Yang ada Cidomo (Kereta Kuda) & basikal. Tak pun tengok local people jalan kaki ja without wear shoes / sliper pon! HAHAHAH. Gila kental! So untuk anak kecik if nak round island boleh ja sewa basikal. Make sure amik yang ada baby seat la kan. Sebab cidomo agak mahal kalau nak naik sekali dua boleh. Kalau sehari nak round island banyak kali, jenuh jugak duit! =.=" . Kami dapat basikal yang ada baby seat pon agak murah sebab ambil dengan hotel. if compare dengan booth booth tepi pantai tu agak pricy sket. tapi boleh laaa dari nak kena naik cidomo kan? Tapi dah sampai sana wajib naik jugak cidomo. yala kan. Tak kan tak mau try langsung kan?? hehehe


Round Gili dengan basikal


Okay selain tips bawak anak kecik ni, kami pon nak share others tips which i think very helpful


Sim card

this is the very 1st thing kena buat bila dah sampai airport sana. senang bila ada simcard so ada la internet data & phone credit untuk whatsapp / call pak supir / hotel / boat. Kat sana so far internet 3G.


Hotel

Kami book hotel dekat booking.com. So no need to pay first. Sampai sana nak check in baru bayaq. Banyak sangat hotel dekat sana. Dont worry. Boleh ja pilih within our budget. And for more convenient pilih yang dekat dengan beach (senang nak keluaq) and include breakfast semua. Bukan apa bila ada anak kecik tak payah susah payah pagi pagi nak kena cari breakfast kan? Yala nak jalan jalan pon kena tunggu dia bangun dulu. Make sure hotel pon ada WIFI yang berfungsi dengan baik dan laju! hah! =)

Rumah Putih Abu Abu in Senggigi! Recommended!!

Pak Supir

Lombok ni keluasan dia 7 kali besaq dari Langkawi! So boleh bayangkan tak besaq mana?? Kira distance within tourist spot pon sangat jauh. Contoh kalau airport nak ke tempat speed boat pon dah amik masa dekat 2 jam. Kalau dari airport nak ke Kuta Beach pon dah dalam 45 mins macam tu. So untuk senangkan kita nak berjalan dengan anak kecik ni amik ja Pak Supir. For me, there is no problem if tak booking awal awal. Sebab bila dah sampai sana boleh mintak hotel carikan. Actually pihak hotel pon ada ada deal dengan pak pak supir semua. Beza pak supir dengan taxi, pak supir lebih flexible. Kita bayar for one day. So nak pegi mana pon pegi laaa. No limit mileage. Nak stop by sejuta kali amik gambaq pon boleh. Nak makan kat mana? Just inform dia. So boleh lah dia suggest kedai kedai yang best, tourist spot yang best and paling penting tempat souvenirs.


Beli Sourvenir

Okay tadi dah mentioned Pak Supir boleh bawak pegi tempat mana nak beli sourvenir kan? Tips kami, kalau nak beli sourvenir yang jauh lebih murah, boleh la cari area Bandar Mataram. Situ sangat murah kottt. We were so lucky because we met Ibu Lisa (dekat Sengigi) and dia bawak kami ke Kedai Borong untuk sourvenir! Memang berganda murah laaa. Tambah tambah kain tenun tu. Macam Ibu Lisa bagitau. Kain tenun yang dijual dekat Sade Village and Suka Ara pon amik dekat kedai borong macam tu. Haihhh. Tapi sedihlah jugak sebab masa pegi Suka Ara kain tenun sangat cantik macam tak jumpa pulak dekat Sade Village and Mataram. Hukhukhuk. So kami belilah jugak dekat Mataram. Tapi worth sebab cheaper.

Hasil tenun Lombok. Tak beli pon. Amik gambaq ja. Haha

Makanan

Hmmmm kalau pegi Lombok tak try Ayam Taliwang memang tak complete laa. So kena try tau. Ayam Bakaq Madu pon yummyyyy! Kalau dekat Gili make sure hari hari makan jagung bakar and malam pulak try seafood dekat pasar malam k! Gili Gelato (Ais Krim Gili) jangan lupa!! So far harga makanan kami rasa sebab tourist spot so quite pricy. Tapi oklahh. Lebih kurang makan dekat Malaysia jugak. Paling suka Nasi Goreng ayam dekat Sengigi. Mak aihhhh. Nasi goreng paling sedap penah makan! Alhamdulillah! =P

 Dekat Pasar Malam Gili!

Ayam Taliwang & Bakar Madu! Recommended!!


Snorkeling / Diving

Sapa yang minat water sport boleh la try. and kami rasa dekat Gili Trawangan pakej yang disediakan sangat sangat murah if compare dengan Malaysia. Sebab kami bawak Lisa, so kami and husband decide tak perlu lah kami join snorkeling dengan Lisa yang aktif. Kami yang tak pandai swimming ni. So inshaAllah bila dah besaq sket boleh la tryyy. For those yang minat banyak booth yang bukak dekat tepi tepi jalan. So boleh la survey! Semua alat alat alah semua dah prepared. Ada jugak pakej include dengan lunch lagi! Boleh pilih nak private package (more flexible) or package biasa (ramai seket laaa) =B



Alhamdulillah bila pegi sana tak habis habis kagum dengan indahnya dunia ciptaan Allah ni. SubhanAllah.. Betollah apa orang kata melancong & berjalan jalan banyak tempat buat kita lebih bersyukur dan kagum dengan ciptaan Allah ni. (cewahhhh) Tapi memang betol!! HAHAHA Okay hopefully sapa yang plan nak pegi sana boleh laa plan dengan sebaik baiknyaa. tapi sometimes kena bear in mind, travel dengan anak kecik ni many unexpected things boleh happens! So we have to be prepared. Do not expect semua benda pon akan smooth jiaa. No. No. No. Tapi jangan takut nak bawak anak anak pegi holiday jauh jauh k! From this experience we can learn a lot of new things! Belajaq jadi sabaq banyak banyak pon bolehh! HAHAHHAAH