Thursday, November 29, 2012

Dengan Budak Tadika La Puloppp

Sabtu lepaih berlangsung lah program kami sekelas dekat sebuah tadika yang telah dirancang lama dengan jayanya. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancaq pada hari tu. tak dak sedikit pon yang tak okay. the whole class berikan komitmen yang sangat baik. bravo Seksyen 4!!

sebelum start program hari ahad, kami dan classmate pakat ramai-ramai pi Tadika Kemas An-Nur Sg. Suluh pada hari Jumaat sebelum tu untuk prepare apa yang patut. sampai di sana around pukul 10 pagi kot.






terpaksa pulak balik awai dari yang lain petang tu sebab ada hal dekat U. berkat kesungguhan classmates. semua preparation pon siap petang tu jugak. fuhh~~

Ahad pulak semua ramai-ramai berkumpul dekat tadika around jam 7.00 pagi! awai sebab kami jaga registration yang start tepat pukui 8 pagi.


tunggu la dekat nak 8.30 pagi. tapi takdak sorang pun budak or parents yang mai nak register!! dalam hati takut la jugak tak dak sambutan sebab betoi-betoi seberang tadika kami ni ada jugak event yang dianjurkan oleh students DPLI. tapi alhamdulillah laa orang dah start mai register anak depa lepaih tuu!


first acara yang start hari tu adalah 'CATWALK CONTEST'. alaa.. parents bagi la anak depa pakai baju lawa-lawa. make up lawa-lawa. comel-comel. pastu register masuk laaa. ada pulak yang malu-malu nak catwalk. yang blur. yang tiba-tiba teriak! hahaha. macam-macam!






lepaih tu ada la pulak pertandingan MASAM MANIS MASAM. just libatkan parents. sementara parents dekat luaq. kami pulak kat dalam buat la CHICKEN DANCE dengan adik-adik tadika ni. bukan men excited depa na! time ni takdak la pulak yang teriak?? hahaha



then, pertandingan CHEF CILIK. dapat la sorang sekeping roti, choki-choki dan juga something yang decorate roti tu. belum fasi cakap start ada pulak yang pi makan roti dengan coki-coki tu! haha. pening kepala abang kakak fasi semua!



ada jugak lucky draw untuk adik-adik ni. even event ni sangat simple tapi apa yang kami nak terapkan adalah pasai pendidikan teknikal dan vokasional kepada adik-adik ni. pendidikan ini juga perlu diterapkan dari awal dalam diri depa dari kecil lagi. ---> (tau lepaih hampir satu setengah tahun ni la belajaq pendidikan ni! haha)



Alhamdulillah lagi sekali sebab event kami mendapat sambutan yang sangat best! penuh tadika dengan adik-adik and their parents. even Tok Ketua Kampung pun sangat impress sebab tak sangka akan mendapat sambutan macam ni sekali. dan yang penting lecturer En. Hairuddin pun mengucapkan tahniah atas kejayaan kami satu kelaihh! yeay!

thanks dekat semua classmate Seksyen 4!




p/s: mula-mula syok la dengan adik-adik ni. lama-lama naik tension jugak! tapi biasa la budak-budak. kita layan ja laaaa T.T


1 comment:

Unknown said...

Hahaha Kalau bagi kat Hannah coki2 & roti tu pun dia ngap duluuuu

Post a Comment