Thursday, April 18, 2013

Reveal: Sebab Rawatan Laser Mahai! Kami Tak Mampu

Kami memang kategori perempuan yang berbulu agak lebat. (Macam tak kena ja sebut berbulu ni. Hehehehe. Takpa laa) Okay. Takdak la lebat sangat. Kira boleh nampak laa tambah-tambah misai dekat muka ni. Tapi takdak la nampak macam Naysilla Mirdad (Pelakon sinetron Indonesia) tuuu. Kalau ampa kenal dia sure tau pasai misai dia kan?? Heheheh


Sekarang memang dah banyakkk sangat produk-produk nak bagi kulit cantik putih melepak! Amboi! Kalau bukak Facebook ja melambakkk. Tapi kalau kulit cantik putih pon tak guna kalau ada misai kat muka macam kami ni kan?? T.T Sebenaqnya misai-misai ni boleh kita buang. Banyak cara nak buang jugak. Contoh dengan laser, threading (guna benang) dan bleach (lunturkan warna).

Kaedah laser adalah palingggg mahai. Memang ceq tak mampu leww. Threading pulak. Kami tak sesuai. Bila kami threading kening. Lepaih tu confirm naik rashes (ruam) yang dahsyat. Even tak dak la lama naik rashes ni. Tapi muka dah serupa alien bila kening bengkak. So kami pon serik dah nak threading ni.

Kaedah yang paling jimat, murah, berkesan adalah BLEACH iaitu lunturkan warna bulu (misai) tuu sendiri. Adik kami yang kenalkan kami dengan BLEACH CREAM ni lepaih member kami Hana tunjuk dekat dia. Memang sangat berkesan dan yang penting murah! Okay. BLEACH CREAM yang kami guna brand FEM. This brand is from India. Boleh refer kat sini ---> FEM FAIRNESS BLEACH


Apa yang best pasai FEM FAIRNESS CREAM BLEACH  ni

1. Harga sangat lah berbaloiii. Murah sangat-sangat

2. Lepas guna muka jadi lembut (Alhamdulillah setelah kami guna hampir 2 tahun ni takdak masalah apa-apa pon and dah apply kat Mamapah okay jugak)

3. Cream ni bukan MEMBUANG MISAI ANDA or PUTIHKAN KULIT MUKA. Just LUNTURKAN warna bulu misai tuu. Means bila warna dah luntur. Warna bulu misai akan sama dengan warna kulit kita. Sebab tu la dah tak nampak. Hehehe

4. Apply dalam 15-20 minutes. (Tapi kami suka apply lama-lama dalam 30 minutes. Mungkin misai tebai sangat??) Jangan terlalu lama sebab nanti kaler bulu misai tu akan jadi gold (perang gila!). Jadi tak elok.

5. Kegunaan = seminggu sekali. Tapi depends kalau bulu misai dah kembali nampak (akibat kita cuci muka dengan Face Cleanser, warna bulu misai akan kembali)

5. Besides, guna untuk misai (atas mulut) boleh jugak sapu kat seluruh muka. Sebab dekat muka pon ada bulu! Tapi jangan selalu. Bulu dekat muka tak selebat yang dekat misai. (Untuk orang macam kami ni laa)








Dalam sekotak FEM FAIRNESS CREAM BLEACH  contains:

i. Bleach cream
ii. Powder Activator
iii. Spatula (Pengacau)
iv. Bekas bancuh



Bau dia?? Wangi sangat! Ada flavour Apple&Peach and BlueberrywithMeal&Pearl. Tapi kami selalu guna yang Apple&Peach jaa. Cara guna senang ja macam gambaq kat bawah okay??

Cara Penggunaan:

1. Letak Bleach Cream dalam bekas bancuh.
2. Then, tuangkan powder activator. Kacau, campuq sampai sebati.
3. Lepaih tu boleh la sapuuuu






Sapa-sapa yang berminat nak try. Nak hilangkan misai. Hehheheh. Boleh email and order dekat kami. Please email to liani87@gmail.com dengan subject ORDER FEM.



Nak baca lagi REVIEW yang best & menarik tertarik boleh click dekat bawah ni





Okay! Misai ku dah hilang!! Yeayyy!




SHARING IS CARING U OLLLSSSS! =)

Wasalam...

Thursday, April 11, 2013

Jalan-Jalan : Sumpahan Mahsuri Sudah Hilang

Last kami pi Langkawi rasanya Januari 2012. kira tak lama la kan. tapi last kami pi Pantai Chenang, Langkawi tahun 2008 kalau tak silap. Masa tu bertiga ja bercuti dengan adik & adik Alip. Kiranya kakak ni peneman setia la ke mana jua adik-adik nak pi. hehehe. (nak pi berdua tak buleh kan??)

Okay. Cuti sekolah bulan Mac lepas (amboii. lama dah!) sebab ada Lima '13 kami pun ajak la MamaPah pi. Nasib baik MamaPah setuju. Sebab abah dengan geng dia nak pi Langkawi dengan jetski (ambik masa 45 minit jugak kot kalau konvoi ramai-ramai dengan jetski dari Kuala Sanglang). So kami pun pi la bertiga dengan feri dari Kuala Perlis. Maap laaa. Jetski dah full. So bercadang nak jumpa kat sana laa.

Sampai ja Langkawi (feri delay 1 jam 15 minit kot sebab orang adalah sangat ramai), kami terus amik keta sewa dan time tu tinggal Proton Saga Aeroback jaa. Nasib baik keta okay! Sebab Lima '13 start pukui 10 pagi, so pi la breakfast kat Pantai Chenang. Pantai Chenang memang dah tak macam dulu! Berubah abis kot?? Tourists pon ramai sangattt!

Lepas breakfast plan asal nak pi cari abah dengan geng dia. Tapi langsung tak jumpa and tak faham direction depa kat mana! hahahahha. Akhirnya MamaPah yang dah bebai tu ajak kami pi Lima '13 tiga orang jaa. MashaAllah. Suhu dekat Langkawi time tu 37-38 degree kot?? Panaihhhh! Sebab semangat nak tengok kapal terbang punya pasai. Kami pi la jugak. 




Orang tak payah cakap la kan?? Ramainyaaaa. Cuti sekolah kan. Fee Entrance hanya RM10.00/person jaaa. So exhibition ni terbahagi kepada dua la. Indoor and Outdoor. Rugi jugak sebab Outdoor kami pi sat jaa. Sebab terlampau panaihh. Pelik kami tengok bila ada foreigner (maybe yang terlibat dengan exhibition kot) pakai suit jalan tengah panaih relax jaaa. Hahahah!









Kalau Outdoor boleh tengok real jet, helicopter, kapal terbang (tengok jalaa. nak try naik queue kot??). Tapi Indoor pulak (yang penting beraircond) boleh tengok model-model kapal terbang, kapal selam, helicopter dan enjin-enjin laa! Sapa yang minat aero ni sure excited. Kami hanya tengok tanpa ada perasaan. Hehehe. Sebab panaihhh! Rugi jugak kami pi time demonstration jet-jet pejuang belum start lagi. =(






Before balik sure la kena pi beli coklat dulu kan?? Kami pon pi la Pekan Kuah. Malangnya hari Jumaat, kedai banyak yang tak bukak. Lagipun kami tak dak la borong sakan. Beli pon sket jaa. Alang-alang dah pi adik pon beli la set perfume untuk hantaran dia sekali. Murah?? Berbaloi la jugak nak compare dengan kedai perfume selain Langkawi kan.




Sempat la pi tangkap gambaq dekat Dataran Lang. Time ni MamaPah tunggu kat keta ja laa. Dah tak sanggup nak keluaq sebab panaihhh. Petang tu jugak kami balik dengan feri tepat pukui 5! MamaPah tanya, 'Lepaih ni nak tengok Lima dak lagi??''Tak mau dah!!' Hahaha. Time dah naik feri. Nampak la abah dengan geng dia duk men jetski kat tepi jeti tuuu. Amboi! Jeles kami!


Langkawi dah banyak sangat berubah!! Lepaih ni rasa macam nak pi bercuti kat Pantai Chenang la pulakkk!