Last kami pi Langkawi rasanya Januari 2012. kira tak lama la kan. tapi last kami pi Pantai Chenang, Langkawi tahun 2008 kalau tak silap. Masa tu bertiga ja bercuti dengan adik & adik Alip. Kiranya kakak ni peneman setia la ke mana jua adik-adik nak pi. hehehe. (nak pi berdua tak buleh kan??)
Okay. Cuti sekolah bulan Mac lepas (amboii. lama dah!) sebab ada Lima '13 kami pun ajak la MamaPah pi. Nasib baik MamaPah setuju. Sebab abah dengan geng dia nak pi Langkawi dengan jetski (ambik masa 45 minit jugak kot kalau konvoi ramai-ramai dengan jetski dari Kuala Sanglang). So kami pun pi la bertiga dengan feri dari Kuala Perlis. Maap laaa. Jetski dah full. So bercadang nak jumpa kat sana laa.
Sampai ja Langkawi (feri delay 1 jam 15 minit kot sebab orang adalah sangat ramai), kami terus amik keta sewa dan time tu tinggal Proton Saga Aeroback jaa. Nasib baik keta okay! Sebab Lima '13 start pukui 10 pagi, so pi la breakfast kat Pantai Chenang. Pantai Chenang memang dah tak macam dulu! Berubah abis kot?? Tourists pon ramai sangattt!
Lepas breakfast plan asal nak pi cari abah dengan geng dia. Tapi langsung tak jumpa and tak faham direction depa kat mana! hahahahha. Akhirnya MamaPah yang dah bebai tu ajak kami pi Lima '13 tiga orang jaa. MashaAllah. Suhu dekat Langkawi time tu 37-38 degree kot?? Panaihhhh! Sebab semangat nak tengok kapal terbang punya pasai. Kami pi la jugak.
Orang tak payah cakap la kan?? Ramainyaaaa. Cuti sekolah kan. Fee Entrance hanya RM10.00/person jaaa. So exhibition ni terbahagi kepada dua la. Indoor and Outdoor. Rugi jugak sebab Outdoor kami pi sat jaa. Sebab terlampau panaihh. Pelik kami tengok bila ada foreigner (maybe yang terlibat dengan exhibition kot) pakai suit jalan tengah panaih relax jaaa. Hahahah!
Kalau Outdoor boleh tengok real jet, helicopter, kapal terbang (tengok jalaa. nak try naik queue kot??). Tapi Indoor pulak (yang penting beraircond) boleh tengok model-model kapal terbang, kapal selam, helicopter dan enjin-enjin laa! Sapa yang minat aero ni sure excited. Kami hanya tengok tanpa ada perasaan. Hehehe. Sebab panaihhh! Rugi jugak kami pi time demonstration jet-jet pejuang belum start lagi. =(
Before balik sure la kena pi beli coklat dulu kan?? Kami pon pi la Pekan Kuah. Malangnya hari Jumaat, kedai banyak yang tak bukak. Lagipun kami tak dak la borong sakan. Beli pon sket jaa. Alang-alang dah pi adik pon beli la set perfume untuk hantaran dia sekali. Murah?? Berbaloi la jugak nak compare dengan kedai perfume selain Langkawi kan.
Sempat la pi tangkap gambaq dekat Dataran Lang. Time ni MamaPah tunggu kat keta ja laa. Dah tak sanggup nak keluaq sebab panaihhh. Petang tu jugak kami balik dengan feri tepat pukui 5! MamaPah tanya, 'Lepaih ni nak tengok Lima dak lagi??''Tak mau dah!!' Hahaha. Time dah naik feri. Nampak la abah dengan geng dia duk men jetski kat tepi jeti tuuu. Amboi! Jeles kami!
Langkawi dah banyak sangat berubah!! Lepaih ni rasa macam nak pi bercuti kat Pantai Chenang la pulakkk!
No comments:
Post a Comment