Amboi tajuk entry! Okay. Tinggal dekat Pekan Kuala Nerang ni yang tak besaq mana for sure la boleh kenai antara satu sama lain. (Even kami susah nak ingat nama orang =.=") Tapi yang pelik BangWan (hubby) tak pulak kenai. Padahai satu sekolah rendah. Kenainya mak aihhhhh. Jauh di Johor!
Sebab abah kami ni bukak Bengkel Keta dah hampir 25 tahun kat Pekan Kuala Nerang ni. So sebut ja Mat Pomen orang pon boleh la kenai. Kalau keluaq pi kedai ada mai teguq (dari kecik) "Ni anak Mat Pomen yang kembaq tu ka??". Okay. Means tak leh buat jahat sama sekali. Haha. Sama la dengan Cikgu Badrul (in law). Gitau ja Cikgu Badrul Guru Besaq Sekolah Datin boleh la orang tau yang mana satu. Okay cukup dengan intro.
Kami decide nak kawen 31 Jan ( Nikah), 1 Feb (Sanding), 2 Feb (Bertandang). Bila jemputan dah start dibuat. Mula laaa pening kepala. Sebab kenduri pihak perempuan dengan lelaki satu kad. Dewan dengan rumah pulak dekat. Mula la orang confius bila belah perempuan bila belah lelaki. Hoh! Dah satu hal kena highlight kat date. Dah tu. Kecoh pulak. "Eh. Kawen dengan anak Mat Pomen, eh. Anak Cikgu Badrul." Nasib lahh. Hehehe
. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancaq. Many thanks kat family, in laws, relatives yang banyak sangat tolong. Start dengan goodies bags, dewan, rumah and so on. Kira pengantin balik cuti just tinggal small matters ja. Thanks kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh! Thanks all! Muahx!
Dengan sekali lafaz pada petang Jumaat tu sah la kami jadi suami isteri. Kelam kabut jugak sebab Imam sampai masjid lambat. =.="
Baju nikah kami simple ja. Kami beli dekat Poplook. Dah lamaaaa beli. Time tu "Emel by Melinda Looi" sempena Aidil Adha kot?? Lupa dah. Tak pikiaq panjang kami teruih ja beli. Then start jahit beads sendiri malam-malam. Veil pun kami pi Jakel beli kain pelekat Pearl & Lace guna glue gun ja! Haha. Senang. Jimat duit!

Untuk pelamin nikah (rumah) dan hantaran kami amik orang yang sama time tunang, Creative Finger Story. Sebab nak jugak fresh flower and paling penting simple! Harga pakej amat berpatutan. Boleh contact KakTi. Kakti ni friendly. Deal dekat rumah dia ja. Langgaq. Tapi kena booked awai laaa. Ramai sangat!

Untuk pakej Pelamin Dewan, Meja Makan dan Baju kami amik dekat Langgaq jugak. (Ramai duk message tanya kat FB) Pi cari Lily's Bridal House lekaih! Harga pun okay. Baju kami request new design. Tapi belah pihak lelaki yang sedia ada. Makeup kami tak ambik kat butik. Sebab kena pi makeup kat sana. So macam kelam kabut.
Okay. Makeup ni kami amik MUA yang boleh mai rumah. Sama ja yang makeup Liana (twin) time kenduri dia. Memang la berbaloi. Dah la mai rumah. Lepas tu makeup tak tebal sangat & natural ja nampak. Ramai member whatsapp tanya. Haaa. Kan. Kan. Kan. Harga boleh start kumpul duit untuk sapa yang dah nak kawen. Tak pa spend lebih sket tapi berbaloi! Boleh contact Finaz
INSTAGRAM: syazfinaznordinmakeup
Kira tak lambat la update pasai kawen kan?? Hehe. Alhamdulillah lepas sebulan kami nkah. Dengan jayanya amboi! Kami dah disahkan pregant. Pewittt! Rezeki awai! Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya. Semoga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat!
Aminnnnnnnnn :)
Wassalam
No comments:
Post a Comment